eKelas Penggal 1 Tahun 2019

25 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

24 Februari 2019 – Sepanjang bulan Januari yang lepas, eKelas telah mengadakan minggu orientasi untuk memperkenalkan dan membiasakan pelajar dengan format eKelas 2019.

Selepas berehat selama 2 minggu sempena cuti persekolahan menyambut Tahun Baru Cina, eKelas telah memulakan Sesi Penggal 1/2019 pada 15 Februari yang lalu.

Terdapat sedikit penambahbaikan yang diadakan di mana jika semasa taklimat tempoh hari, Maxis bercadang untuk mengadakan kelas bermula dari hari Khamis, tetapi setelah mengambil kira beberapa faktor, jadual ekelas dikekalkan pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja seperti tahun-tahun yang lepas.

Maxis Ekelas 2019 telah membuka peluang tuisyen kepada pelajar darjah 6 dan juga pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 berbanding sebelum ini hanya untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Ini bermakna semakin bertambahlah bilangan pelajar pada tahun ini. Maxis juga turut mengadakan kempen yang terbaharu iaitu kempen Kalau Nak Tahu bagi menarik minat lebih ramai lagi pelajar berdaftar dengan eKelas dan mendapat manfaat dari tuisyen percuma ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali